Malaysia merupakan negara yang sedang membangun yang boleh dikatakan sebagai negara yang memiliki infrastruktur yang maju seperti negara - negara lain yang sedang kuat membangun dari semasa ke semasa. Kita juga boleh berbangga kerana kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan yang lain. Namun bak kata seorang Mantan Perdana Menteri kita yang ke - 5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa " Malaysia mempunyai infrastruktur negara yang maju dan tinggi tetapi memiliki pemikiran negara yang mundur atau cetek". Hal ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini masih memiliki daya keilmuan yang rendah sejajar dengan bukti dari penyataan NILAM iaitu bahawa rakyat Malaysia hanya membaca beberapa atau dua buah buku dalam setahun. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat tetapi bukan sahaja dalam bidang kecanggihan material, tetapi dalam kehebatan dari segi mental juga. Daya keilmuan ini termasuklah pada ilmu pengurusan kewangan dan yang lain - lain lagi. Ilmu pengurusan kewangan yang baik dan bijak boleh menjurus ke arah masyarat yang celik wang. Masyarakat yang celik wang ini ialah masyarakat yang dapat menjaga atau mengawal perbelanjaan mereka. Berita mengenai kemerosotan ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi di Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia digalakkan untuk menguruskan perbelanjaan dengan berhemah. Para pembeli yang berhemah ialah pembeli yang dapat menjimatkan perbelanjaannya dan jarang membeli barangan yang berjenama dan terlalu mahal.
Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun keluarga, rakan atau sesiapa sahaja bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan kewangan di dalam kehidupan seharian kita di dunia ini. Memang ada di antara segelintir masyarakat yang tahu dengan mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di anatara masyarakat kita yang malas dan tidak mengambil berat untuk mengadaptasikan atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi masih ramai yang tertanya - tanya apakah konsep dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini dapat disertakan beberapa konsep atau cara pengurusan kewangan untuk dipraktikkan oleh para pengguna apabila memulakan perbelanjaan seharian bagi menjadi masyarakat yang celik wang dan bijak berbelanja. Cara - cara ini juga boleh dipupuk untuk kanak - kanak zaman sekarang supaya mereka boleh mengetahui perkara tersebut dari sekarang dan dapat mengamalkan sejak kecil lagi, bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Antara konsep yang dapat dipraktikkan kepada para pengguna ialah dengan menentukan matlamat kewangan. Menurut konteks pengurusan kewangan, kita hendaklah tahu tentang matlamat kewangan kita iaitu kemana wang yang harus digunakan dan yang harus disimpan. Sebagai contoh, mungkin ada segelintir di antara kita yang ingin menyambung pengajian mereka, membeli sebuah rumah, perbelanjaan rumah tangga, ingin mendirikan rumah tangga (berkahwin), untuk pendidikan kepada anak - anak, mengerjakan ibadat haji, perbelanjaan sewaktu persaraan dan sebagainya. Jelaslah bahawa disini ialah kita telah mengetahui arah kewangan yang akan dikeluarkan kelak. Sewajarnya, apabila sudah dapat mengetahui matlamat kewangan kita dan sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur. Selain itu, kita juga haruslah mengawasi tabiat yang terlalu suka berbelanja. Oleh itu, kita haruslah mengawasi tabiat tersebut bagi menjimatkan wang di masa hadapan. Hal ini kerana, inilah masa untuk kita menetukan dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Terutamanya, kita perlu menyemak atau mengemaskini wang yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana adakah kita akan tercenderung atau tergolong ke arah keperluan dan kehendak semata - mata.
INGIN MENYAMBUNG PENGAJIAN
MEMBELI RUMAH
PERBELANJAAN SEISI RUMAH
MENDIRIKAN RUMAH TANGGA
MENUNAIKAN IBADAT HAJI
WAKTU - WAKTU PERSARAAN
Adakah anda mengatur kewangan anda ke arah tersebut dengan sebaiknya???
Di samping itu, para pengguna juga haruslah menulis rancangan atau pelan perbelanjaan sebelum memulakan perbelanjaan. Kita hendaklah merancang atau menulis perjalanan perbelanjaan setiap kali berbelanja bagi memastikan perbelanjaan berjalan dengan baik dan barangan yang ingin dibeli mencukupi. Apabila menerima gaji atau sesuatu seperti bonus, kita hendaklah mengatur arah kewangan yang harus dibelanjakan dengan yang harus disimpan untuk masa - masa seterusnya. Tambahan pula, kita juga haruslah menyimpan wang terlebih dahulu sebelum memulakan perbelanjaan seperti mengamalkan amalan menabung. Sebagai contohnya, menyimpan wang dibank atau tabungan tersendiri. Dengan menabung, kita akan mempunyai banyak wang dan amalan ini haruslah dimulakan dari awal lagi walaupun dengan jumlah wang yang sedikit, bak kata pepatah sedikit - sedikit, lama - lama jadi bukit. Hal ini kerana, dengan menyimpan wang terlebih dahulu, kita akan lebih mudah untuk memulakan perbelanjaan kerana dengan wang yang sudah terkumpul itu kita akan mudah untuk membeli barangan yang kita perlukan dan akan menyenangkan kita untuk memilih barangan yang diperlukan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan dan dapat menyimpan wang dengan membeli barangan utama sahaja iaitu perbelanjaan isi rumah terlebih dahulu ataupun perbelanjaan untuk ahli keluaraga.
SENARAI PERBELANJAAN
Adakah anda menyenarai keperluan yang diperlukan semasa berbelanja??
MENABUNG SENDIRI
PENYIMPANAN WANG DIBANK - BANK
*AMALAN MENABUNG AMAT PENTING...!!!
*HARUSLAH BERMULA DARI SEKARANG...!!!
Adakah anda mengamalkannya??
Cara yang seterusnya ialah mengurangkan penggunaan kad kredit. Setiap orang mesti mempunyai kad kredit. Ada sesetengah masyarakat yang menggunakan kad kredit untuk berbelanja barangan mereka tetapi ada sesetengah orang juga yang menggunakan wang tunai untuk berbelanja. Sebaik - baiknya kita hendaklah menggunakan wang tunai untuk berbelanja berbanding menggunakan kad kredit bagi mengelakkkan daripada terlebih berbelanja sehingga membazirkan tetapi dengan menggunakan kad kredit juga, kita dapat mengelakkan daripada membazir iaitu dengan mengeluarkan wang dibank apabila ingin berbelanja. Oleh itu, dengan cara tersebut kita akan dapat mengehadkan juga wang daripada terlebih. Di samping itu, cara seterusnya ialah kita juga hendaklah memikirkan kepada masa hadapan kita tentang kewangan yang perlu digunakan seperti ketika kecemasan berlaku, pada hari persaraan atau perkahwinan. Dengan semua perkara yang berlaku, kita akan mudah menghadapinya walaupun disaat - saat kecemasan dan genting. Hal ini kerana, kita juga haruslah memikirkan tentang kesihatan kita kerana kesihatan amat penting untuk semua orang bagi menghadapi kehidupan seharian. Oleh itu, dengan sudah mempunyai wang yang secukupnya kita akan mudah untuk membiayai rawatan atau bahan perubatan yang dihadapi nanti walaupun pembiayaannya amat tinggi. Selain itu, Pengurusan kewangan dan perancangan berbelanjaan merupakan perkara yang harus dipraktikkan oleh setiap masyarakat supaya tidak berada di lembah pembaziran. Walaupun wang itu bukan sahaja untuk hari ini tetapi wang itu pasti mendatangkan manfaat untuk kita pada masa hadapan. Semua kewangan haruslah dirancang dengan teliti.
BEBERAPA KAD KREDIT
PENGAMBILAN ATAU KEMASUKKAN WANG
Adakah anda menggunakan kad kredit ini secara berlebihan sewaktu berbelanja??
Adakah anda mempunyai kad kredit yang terlalu banyak??
WAKTU - WAKTU KECEMASAN BERLAKU YANG TIDAK DIJANGKA - JANGKA
Adakah anda mempunyai kewangan yang secukupnya untuk menghadapi hari kecemasan??
RAWATAN DAN PERUBATAN
*KESIHATAN AMAT PENTING BAGI MENERUSKAN KEHIDUPAN..!!!
Adakah anda memikirkan tentang kesihatan anda sendiri??
*PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERANCANGAN PERBELANJAAN SANGAT PENTING...!!!
Tambahan pula, pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi peranan yang penting bagi memastikan masyarakat sekarang ini menjadi masyarakat yang celik wang. Contohnya, mengadakan kempen - kempen kesedaran supaya masyarakat sekarang dapat mengetahui kepentingan wang kepada mereka dengan lebih mendalam lagi. Hal ini kerana, ada sesetengah masyarakat yang memandang dengan remeh - temeh tentang kewangan mereka. Selain itu, kita juga boleh menyedarkan masyarakat sekarang bahawa masyarakat yang miskin juga memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, dapat juga memberi kesedaran kepada mereka, amalan bersedekah akan berleluasa dan wang mereka tidak akan terpesong ke arah pembaziran dan akan menambahkan amalan meraka serta dapat mengelakkan wang mereka ke arah perkar ayang tidak berfaedah.
KEMPEN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT
AMALAN SEDEKAH DAPAT DIAMALKAN
Adakah anda mudah untuk menghulurkan bantuan anda kepada orang miskin???
Natijahnya, dengan mengamalkan cara untuk menjadi masyarakat yang celik wang ini, kita akan mendapat manfaatnya yang berlipat kali ganda. Selain itu, kita juga akan mudah untuk maju ke hadapan kerana kita sudah mempunyai sesuatu yang sempurna untuk meneruskan perjuangan. Kita juga akan mudah untuk melakukan pelbagai perkara. Contohnya seperti ketika hari persaraan kita supaya dapat membuat kerja sambilan untuk mendapat pendapatan ketika sudah tidak bekerja tetap, membayar bil - bil dan sebagainya. Oleh itu, kita akan lebih mudah mengurus kehidupan seharian kita dengan sempurna apabila mempunyai kewangan yang secukupnya yang telah kita kumpulkan atau simpankan untuk hari - hari tua kita kelak. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada masalah berhutang. Hal ini kerana, masalah berhutang ini akan membahayakan diri kita serta boleh meragut nyawa. Oleh itu, kita akan dapat menjalankan kehidupan dengan sempurna tanpa urusan berhutang.
*JAUHKAN DARI BERHUTANG
Kesimpulannya, wang amat penting kepada masyarakat sekarang kerana ekonomi sekarang sudah semakin maju. Tambahan pula, konsep tersebut juga amat penting untuk masyarakat yang celik wang ini. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan dan mengetahui cara – cara berjimat cermat yang tersurat ataupun yang tersirat supaya dapat meningkatkan masyarakat yang celik wang. Kita juga hendaklah menetapkan kadar pengeluaran wang tahunan kita supaya tidak terlebih keluar dan tercapai target anggaran apabila dilakukan. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bermula dari sekarang untuk menjadi masyarakat yang celik wang.